Tuesday, December 10, 2024

Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran kerana Allah memberi saya kekuatan dan masa untuk meneruskan usaha mengisi laman blog ini. Amiin.

Laman ini adalah sebagai satu usaha untuk mengajak kalian mempertingkatkan ketakwaan sebagai Muslim. 

Sebuah hadis menyebut, Di akhir zaman umat Islam berpecah kepada 73 hanya 1 yang diredai Allah pastinya ialah Islam baginda Rasulullah saw. Islam baginda adalah agama cara hidup. Lebih khusus lagi, apabila Allah swt berfirman Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi, ertinya Islam baginda adalah berorientasikan kekhalifahan. 

Kerana isteri baginda, Aisyah pernah menyebut Akhlak baginda al-Quran, ertinya setiap kalimah dan setiap ayat al-Quran adalah akhlak baginda. Jika ayat 30 al-Baqarah menyeru untuk menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi, pastinya baginda menyehut seruan itu, lalu menjadikan dirinya sebagai khalifah di bumi.

Jadi ayat-ayat yang menyebut khalifah seperti ayat 165 al-Anam, ayat 69 al-Araf, ayat 62 an-Naml, ayat 74 al-Araf, dan ayat-ayat yang membawa maksud khalifah adalah asas akhlak baginda Rasulullah saw. 

Jika direnungkan dalam dalam, kedudukan ini pastinya memanggil kita untuk mengikuti jejak baginda Rasulullah agar tidak berterusan menjadi orang yang dalam kelompok 72,supaya kita akan diakui sebagai umat-ku (umat baginda).

Jadi blog ini akan saya cuba muatkan dengan hal-hal berkenaan. Jika kalian rasa ini suatu yang sangat penting, sila share dengan sesiapa sahaja, moga cara ini menjadi dakwah dan menjadi amal yang berkekalan. Maklumat lanjut boleh dilihat dalam blog https://Islamnabisaw.blogspot.com Isya-Allah.

Saya sarankan agar kalin tidak keberatan untuk menjadi follower supaya kalian tidak terlepad mendapatkan maklumat yang terbaharu. 

Terima kasih sudi membaca. Assalamuakaikum.

No comments:

Post a Comment

Makam Siti Hawa

 Berita tentang penemuan makam Siti Hawa di tepi Tembok Besar China bukanlah satu perkara yang disahkan secara sahih dalam sumber sejarah Is...