Bersyukur

 Setiap kali bercakap tentang bersyukur kebanyakan kita akan melihat bersyukur dengan lisan, atau perbuatan yang berkait dengan amalan-amalan kerohanian. Tidak dinafikan ini adalah satu daripada caranya. 

Satu cara lain yang lebih baik, lebih tinggi darjat kesyukurannya ialah yang memberi manfaat buat orang lain. Sebuah hadis menyebut 'Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat buat orang lain'. Saya yakin hadis ini lahir dari kefahaman ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf.

Di awal ayat ini menyebut Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat. Ayat ini adalah berkenaan dengan asal kejadian manusia, bahawa manusia adalah makhluk yang dikurniai dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja, dan tidak sama antara seorang dengan yang lain. Ertinya manusia adalah makhluk yang banyak kekurangan, yang biasa disebut sebagai serba kekurangan. 

Bagaimana manusia hendak hdiup sempurna jika darjat (kemahirannya) hanya beberapa sahaja. Manusia perlukan makan-minum, pakaian, tempat tinggal, rawatan bila sakit dsb. Ad manusia yang berkemahiran dalam bertani tetapi tidak pandai berniaga, doktor kemahirannya merawat tetap tidak boleh membuat pakaian, dan seumpamanya. Jadi manusia tiada pilihan lain selain mengharap bantuan dari orang lain yang mempunyai ketinggian darjat tertentu. 

Jika difahami dengan mendalam ayat ini, menunjukkan ciptaan yang sedemikian itu adalah suatu kesengajaan Allah, agar manusia hidup dalam interaksi sosial yang saling bantu membantu. Apakah bantuan yang boleh setiap manusia berikan?

Ayat 69 al-Araf menyebut '...dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu'. Kelebihan itu adalah yang berkait dengan kerohanian iaitu akal seperti kecerdikan, naluri, emosi, kasih sayang,  manakala kekuatan itu ialah yang berkait dengan jasmani seperti mata, tangan, kaki dsb. Jadi, bantuan yang boleh kita hulurkan adalah bermula dengan menggunakan kelebihan dan kekuatan itu.

Apabila ayat 165 al-Anam menyebut kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu, manakala ayat 69 menyebut Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya, menunjukkan ini merupakan satu perintah kepada manusia untuk melunaskannya. 

Jadi apabila bercakap tentang bersyukur itu tadi, kesyukuran yang paling tinggi darjatnya ialah menggunakan ketinggian darjat dan kelebihan dan kekuatan yang Allah berikan itu. Caranya: yang merasa dirinya lebih tinggi darjatnya membantu orang yang lebih rendah. Ini bergantung kepada situasi semasa. Relatif. Inilah kesyukuran bagi sebaik-baik manusia. 

Kesyukuran dengan lisan, atau amalan-amalan kerohanian itu adalah untuk faedah diri pengamalnya. Inilah kesyukuran yang mementingkan diri. Orang lain tidak merasa - tidak memenuhi seruan maka kenanglah itu tadi.

Wallahu aalam. 

1 comment:

Makam Siti Hawa

 Berita tentang penemuan makam Siti Hawa di tepi Tembok Besar China bukanlah satu perkara yang disahkan secara sahih dalam sumber sejarah Is...