Sebaik-baik manusia adalah yang menyedari bahawa hidup kita bukan sekadar rutin harian atau pencapaian duniawi, tetapi sebuah amanah besar yang melibatkan hubungan kita dengan Allah, sesama manusia, dan alam sekitar.
Sebagai khalifah, manusia diberi kelebihan jasmani dan rohani untuk membawa manfaat kepada makhluk lain. Ideanya ialah konsep kekhalifahan dalam pelbagai aspek kehidupan dengan panduan ayat-ayat al-Quran seperti ayat 30 surah al-Baqarah, ayat 165 surah al-An’am, dan ayat-ayat lain yang berkaitan, dan isu-isu praktikalnya yang berasaskan seperti Fiqh Keutamaan, prinsip Wasatiyah, dan pentingnya pembaharuan (tajdid) dalam Islam bagi memastikan mesej ini terus relevan sepanjang zaman.
Semoga halaman ini menjadi panduan buat kita semua dalam membentuk watak sebaik-baik manusia yang bukan hanya berorientasikan ibadah ritual, tetapi menjadikan kekhalifahan sebagai cara hidup yang menyeluruh. Saya berdoa agar halaman ini dapat menyumbang kepada pembaharuan pemikiran dan amalan umat Islam, insya-Allah.
Setiap insan harus sedar tentang pemilikan persoalan mendalam tentang asal usul, tujuan, dan destinasi hidupnya. Dalam al-Quran, Allah swt menjelaskan tujuan penciptaan manusia melalui konsep kekhalifahan, sebagaimana firman-Nya dalam ayat 30 surah al-Baqarah: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Khalifah bukan sekadar gelaran, tetapi satu amanah yang meliputi hubungan kita dengan Allah, sesama manusia, dan alam sekitar. Malangnya, idea kekhalifahan ini sering terpinggir dalam kehidupan moden yang berorientasikan materialisme dan individualisme. Akibatnya, ramai manusia kehilangan arah dalam mengimbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Posting ini lahir dari keprihatinan terhadap kekeliruan ini. Jadi, aa bertujuan untuk mengangkat kembali konsep kekhalifahan sebagai asas hidup umat Islam dan menjelaskan bagaimana ajaran Islam yang dibawa Rasulullah saw menuntun kita menjadi sebaik-baik manusia, iaitu mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.
Ayat-ayat seperti ayat 165 surah al-An’am, ayat 69 al-A’raf, dan ayat 62 an-Naml adalah asas untuk memahami peranan manusia sebagai khalifah.
Idea Sebaik-baik Manusia bertujuan untuk menyedarkan umat Islam bahawa Islam adalah agama cara hidup yang menyeluruh, bukan hanya tertumpu kepada ibadah ritual. Ia juga mengajak kita merenung implikasi gaya hidup Islami terhadap dunia dan akhirat, dengan menekankan pentingnya pembaharuan pemikiran dan amalan bagi membentuk masyarakat yang berdaya saing, adil, dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment